Sunday, 6 November 2016

AKU DAN ROHINGYA

Dalam  kekelaman senja itu 
ku lihat Rohingya berdiri lesu
debu - debu dosa jelas mengaburi
kertakan gigi, jerit pekak, di pelosok
rohingya membingitelinga, mengejut
mimpi yang tiada lena.

Benang-benang keberanian yang sekian
lama ku pintal, putus begitu sahaja
melihat betapa rakusnya mereka
memusnahkan bangsa ku
aku takut...aku takut dengan
watak yang diperlihatkan di depan
mata ku, bangsa ku ditindas, dibakar
umpama sampah.

Lihatlah!!!...keluargaku hilang  ditelan
kejahilan mereka, ibu bapa ku
pergi tanpa rela, kakak ku musnah dek
kerakusan durjana dan aku yang melihat
hanya menggengam sahaja, hilang ditiup keganasan
Rohingya, sungguh lemah.

Aku yang semakin tidak berdaya
hanya mampu berdoa, supaya keadilan datang
menggoncang rohingya dan bangsa ku terbela
pada ketika itulah bangsa ku bangkit.
menjadi mangsa yang terpilih, dan walaupun aku
telah tiada, aku pasti aku akan tersenyum di sana.

Tanjung Malim
10 OKTOBER 2012

Elkana Rakimin
Api dan Air Mata Rohingya 
PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA (2012)



A.  SAMAD  SAID  :  PEMIKIRAN  FALSAFAH  KEHIDUPAN  INSAN

PENGENALAN
A.  Samad  Said  dilahirkan  di  Kampung  Belimbing  Dalam  , Durian  Tunggal,  Melaka  pada  9  April  1935.  Mendapat  pendidikan  awal  di  sekolah  Melayu  dan  Inggeris  Monk,s  High  School,  Victoria  Afternoon  School  dan  Beatty  Secondary  School  di  Singapura.  Pengalaman  hidup  sengsara  bersama  keluarganya  inilah  yang  melahirkan  novelnya  yang  terkenal  iaitu  Salina  dan  Sungai  Mengalir  Lesu . Beliau  pernah  bekerja  sebagai  wartawan  dan  penulis  di  akhbar  mingguan,  Fikiran  Rakyat  di  bawah  pimpinan  Ahmad  Boestaman.
A.  Samad  Said  mempunyai  minat  mendalam  terhadap   hasil  karya  sastera  Barat  seperti  Steinbeck,  Hemingway,  Robert  Frost,  Erskine  Caldwel,  George  Elliot,  Charles  Dickens,  Sheley  dan  Robert  Browning.  Begitu  juga  karya  sastera  Jepun  seperti  Osamu  Dazai  dan  Yasunari  Kawabata.  Manakala,  karya  sastera  Rusia  seperti  Tolstoy,  Gorky  dan  Solzhinetsyn  serta  karya  pengarang  Perancis,  Jerman  dan  Yugoslavia.  Beliau  menghayati  karya  -  karya  Indonesia  seperti  Subagio  Sastrowidojo,  Arifin  C.  Noer, Sutardji  Calzoum  Bachri,  Pramoedya  Ananta  Toer  dan  Putu  Wijaya.

BUKU  -  BUKU  /  NOVEL :
Salina,  Sungai  Mengalir  Lesu, Di  Hadapan  Pulau,  Keledang,  Adik  Datang,  Di  Mana  Bulan  Selalu  Retak,  Langit  Petang,  Daerah  Zeni,  Warkah  kepada  Salmi  Manja,  Bulan  Tak  Bermadu  di  Fatehpur  Sileri  Salina,  Hujan  Pagi. 
DRAMA  :
Di  Mana  Bulan  Selalu  Retak  (1960-an),  Wira  Bukit  (1980-an),  Lantai  T.  Pinkie
SAJAK  :
Benih  HarapanBenih  Semalu,  Al  - Amin
CERPEN  :
Daun  -  Daun  Berguguran,  Liar  di  Api,  Ke  Mana  Terbangnya  Si  Burung  Senja,  Hati  Muda  Bulan  Muda
KARYA – KARYA  NONFIKSYEN :
Dari  Salina  ke  Langit  Petang  :  Proses  Mencipta  Novel  (1979),  Antara  Bulan  dan  Wira  (1989)
PENGHARGAAN  :
Dianugerahi  gelaran  Pejuang  Sastera  pada  tahun 1976,  memenangi Hadiah  Penulisan  Asia  Tenggara  (SEA  Write  Award)  pada  tahun  1979  dan  dinobatkan  sebagai  Sasterawan  Negara  yang  ke – 4  pada  tahun  1985.  Pada  tahun 2003,  beliau  dianugerah  Ijazah  Kehormat   Doktor  Falsafah  bidang  Kesusasteraan  Melayu  Moden  oleh  Universiti  Pendidikan  Sultan  Idris,  Tanjong  Malim.

KARYA  NOVEL  : 
Novel  ini  diterbitkan  pada  tahun  1967 sebagai  “sebuah  novel  nostalgia”.  Karya  ini  terbahagi  kepada  enam  bab  yang  menceritakan  kisah  kesan  peperangan.  Dalam  bab  pertama,  kisah  penderitaan  hidup  manusia  yang  berbagai  -  bagai  kaum,  Melayu,  Cina  dan  India  yang  mendiami  tepi  sungai  yang  megalir  lesu.  Dalam  bab  2  mengenai  secebis  rasa  kemanusiaan  daripada  watak  Mak  Buruk  yang  berlawanan  dengan  namanya  dan  di  tengah  -  tengah  kebobrokan  keadaan  peperangan.  Dalam  bab  3  mengenai  kisah manusia  pada  zaman  perang.  Dalam  bab  4  adalah  kisah  kanak  -  kanak  di  sungai  mengalir  malas  dan  orang  Cina  dalam  menghadapi  suasana  perang  yang  dahsyat.  Dalam  bab  6,  dikisahkan  kekalahan  Jepun  di  tangan  “Orang  Putih”  yang  membawa  seribu  kenangan  di  pinggir  sungai  mengalir  lesu.  Begitulah  novel  ini  membawa  kisah  kehidupan  yang  penuh  penderitaan  pada  zaman  perang  yang  berlaku  di  Singapura.  A.  Samad  Said  dapat  menyelami  hati  budi  dan  keluh  -  kesah  watak  -  wataknya  bila  berdepan  dengan  peperangan  dan  penderitaan.
Novel  Salina  dapat  memperlihatkan  pembaharuan  yang  menarik  iaitu  persoalan  masyarakat  Melayu  yang  dibelenggui  oleh  kemiskinan  dalam  usaha  mencari  identiti  sendiri.  Dalam  novel  ini,  A.  Samad  Said  mengemukakan  dua  orang  watak  berinteraksi  untuk  menimbulkan  berbagai  -  bagai  persoalan.  Isi  di  dalam  novel  ini  mempunyai  hubungan  yang  erat  dengan  peribadi  pengarang,  A.  Samad  Said.  Kelahiran  watak  -  watak  di  dalam  novel  ini  mempunyai  hubungan  dengan  detik  dalam  hidup  A.  Samad  Said  melalui  pembacaannya.  Unsur  ini  dilahirkan  setengahnya  secara  sedar  dan  sesetengahnya  tanpa  disedarinya.  A.  Samad  menggunakan  berbagai  -  bagai  teknik  dan  komplot  dalam  kalangan  para  wataknya.  Dua  teknik  pembentukan  perwatakan  iaitu  teknik  memberikan  sejarah  latar  belakang  hidup  dan  teknik  melalui  surat  kiriman. 
Novel  Daerah  Zeni,  mengenai  wilayah  dan  daerah  nasib  seorang  janda  pencari  “with  a  heart  of  gold”,  Zeni.  Zeni  menghadapi  dua  daerah  penting : daerah  hidupnya  yang  nyata  dan  daerah  novel  bapanya  dengan  manusia  dan  wataknya  masing – masing.  Novel  Hujan  Pagi  menampilkan  dua  dunia : dunia  nyata  dan  dunia  halusinasi.  Novel  ini  menyentuh  banyak  persoalan  seperti  nasionalisme,  kemanusiaan,  kewartawanan,  percintaan,  kesusasteraan  dan  pemikiran.  Ciri - ciri  novel  ini  ialah  teknik,  perwatakan,  ilmu  dalam  dialog,  sejarah  dunia  Melayu,  unsur - unsur  pembangunan  pemikiran,  unsur - unsur  ghaib  dan  perkembangan  kesusasteraan Melayu.  Pengarang  banyak  menggunakan  idiomatic  English  sesuai  dan  selaras  selari  dengan  persoalan  ketamadunan  dan  keintelektualan.

KARYA  CERPEN :
            Buku  Hati  Muda  Bulan  Muda  merupakan  kumpulan  54  buah  cerpen  karangan  A.  Samad  Said  dari  tahun  1954 - 1992.  Cerpen  terawal  ialah  “Hari  Ini,  Hari  Gembira”,  “Serantai  Kata  untuk  Adinda”,  “Dinda”,  “Si  Juita”,  “Sayangkah  Dara  Padaku  Seorang?”  dan  “Sapu  Tangan  Tanda  Kasih”.  Pada  tahun  1956,  cerpen  “Sentil  Tembakau”  disiarkan  dalam  akhbar  Fikiran  Rakyat.  Cerpen  yang  mengisahkan  kehidupan  golongan  miskin  seperti  “Ke  Daerah  yang  Lebih  Kerdil”,  “Langit  Malam  Tidak  Berbintang”,  “ Dari  Tanah
Ke  Tanah”,  “Daun  Jejawi”,  “Perempuan  Dari  Kampung  Kambing”,  “Sekolah”  dan  “Longkang”. 
Cerpen  gambaran  semasa  zaman  kanak – kanak  iaitu  zaman  Jepun  pada  karya  seperti  “Buruh  Paksa”,  “Penyerahan”,  “Saat  Terakhir”,  “Di  Sisi  Rinda”  dan  “Dosa  Pejuang”.  Cerpen  zaman  remajanya  seperti  “Seminggu”,  “Sehari”,  “Sebuah  Bilik”,  “Gelap”,  “Pulang  Malam”,  “Menanti”  dan  “Hati  Muda  Bulan  Muda”.  
Cerpen  sindiran  terhadap  golongan  kelas  menengah  Melayu  seperti  tokoh  politik,  golongan  birokrat,  teknokra  dan  sasterawan  seperti  cerpen  “M.P.  Gudu – Gudu”,  “Ahmad  Zago”  dan  “Tamrin  Gil”  dihasilkan  pada  tahun  1959 – 1961.

KARYA  SAJAK  :
            Dari  kulit  antologi  sajak  A.  Samad  Said,  Balada  Hilang  Peta,  terdapat  pengarang  melahirkan  karyanya  kerana  keperitan  dan  “kepedihan  batin  manusia  yang  terhimpit  di  tengah  buana  yang  resah”.  Pada  sajak  itu  ia  mementingkan  unsur - unsur  “imejan”,  “rima  dan  ritma”  dan  “ketidaksengajaan”.  Sajak  terbahagi  kepada  dua  bahagian  ;  pertama,   keluhan  daripada  “aku”  (lelaki)  kepada  “kau”  (perempuan)  dan  kedua,  pengakuan  “aku”  (perempuan)  kepada  “kau”  (lelaki). 
A.  Samad  Said  juga  menulis  tentang  falsafah  hidup  insan,  gambaran  keindahan  alam,  tokoh  sejarah  dan  lagenda,  isu – isu  politik  dan  keadaan  alam  kehidupan  golongan  setinggan.    Lima  buah  sajak  bertema  dunia  setinggan  “Jerkah  Setinggan  72”,  “Janda  Setinggan”,  “Latar  Setinggan”,  “Rakan  Setinggan”  dan  “Dialog  Antara  Jamban  Setinggan”.
A.  Samad  Said  merungkai  kembali  kisah – kisah  lima  sahabat itu.  Penyair  menulis  tiga  buah  sajak  tentang  ketokohan,  kemahiran  dan  perjuangan  Hang  Kasturi  iaitu  “Dupa  Hang  Kasturi”,  “Cerita  Hang  Kasturi”  dan  “Nurani  Hang  Kasturi”. 
Dalam  bidang  politik,  beliau  menulis  sajak  “Saudara  Politik” yang  mengenai  kawan  jadi  lawan  dan  lawan  jadi  kawan.  Ada  sajak  mengenai  nilai – nilai  pendidikan,  moral  dan  akhlak  mulia  seperti  sajak  “Obor  Hemah”  dan  “Ufuk  Nurani”.  Sajak  “Anak – Anak  Palestina”  dihasilkan  dalam  masa  12  hari,  15-27  Mac  1989  mengenai  bumi  Palestin,  pejuangya  dan  anak – anak  terus  cuba  berjuang  mengambil  kembali  tanah  airnya  dari  kekejaman  Israel.
Antalogi  sajak  Al – Amin  menempatkan  sebuah  himpunan  puisi  moden  mengenai  Karya  Riwayat  Hidup  Rasulullah  S.A.W.  A.  Samad  Said  menyedari,  memahami,  menghayati  dan  menerapkan  secara  terperinci  kisah  hidup  insane  agung  ini  sebagai  sebuah  karya  besar  dalam  perhubungan  syiar  Islam  di  Malaysia. 
Pada  tahun  2004,  beliau  menghasilkan  buku  kumpulan  sajak  bertajuk  Dirgahayu  Dr.  Mahathir,  Kepada  Pemimpin  Itu : Dua  Puisi  tentang  Peralihan  Kuasa  dan  Mutiara  Kemerdekaan. 

KESIMPULAN
            A.  Samad  Said,  Sasterawan  Negara  berdiri  teguh  sebagai  karyawan  mapan  dan  mantap  menghasilkan  karyanya  tanpa  putus – putus  dari  dahulu.  Beliau  menghasilkan  kesemua  empat  genre  iaitu  novel,  cerpen,  sajak  dan  drama.  Novel – novelnya  adalah  cerminan  hidup  masyarakat  kelas  bawahan  yang  menjadi  mangsa  perang.  Beliau  membawa  persoalan  konflik  kehidupan  manusia  dari  berbagai – bagai  wilayah  dan  kehidupan  berfalsafah. 

            Cerpen – cerpen  penuh  satira  mengisahkan  orang  politik  dan  sasterawan  yang  gila – gila.  Manakala,  sajak  banyak  bercakap  tentang  janda  setinggan  yang  galak  dan  jantan – jantan  yang  gatal.  Karya  agung  dalam  bentuk  sajak  tentang  Nabi  Muhammad  s.a.w  yang  bertajuk  Al – Amin.  Drama - dramanya  iaitu  Wira  Bukit,  Di  Mana  Bulan  Selalu  Retak,  Lantai  T. Pinkie  dan  lain – lain  lagi  begitu  hidup  di  atas  kertas  dan  dalam  realiti  kehidupan.      
Pasar Panas

Pasar Panas atau lebih dikenali sebagai Street Jengka yang terletak di bandar Tun Razak Jengka, Pahang. Kawasan ini meliputi ciri fizikal letakan kawasan kajian iaitu di kawasan tanah pamah yang rata. Tapak kajian saya adalah di kawasan yang rata dan mampu menempatkan kereta yang banyak di bersebelahan dengan kilang Alps. 


Pasar panas ini jaraknya yang berdekatan dengan sekolah dan kediaman saya. Keadaan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian pada bila-bila masa. Panas Panas juga terletak di tepi jalan raya yang menghubungkan Maran dan Jengka. Pasar panas iaitu Jengka Street terletak di sebelahan kilang Alps, di tepi jalan raya dan berada berdekatan dengan kawasan perumahan. 

                                  i.            Jenis dan bilangan perniagaan dalam bentuk jadual 
Bil
Jenis Perniagaan
Bilangan gerai
Peratus (%)




1
Pakaian
46
56.09
2
Aksesori
9
10.98
3
Makanan Basah
2
2.43
4
Alatan Agama
10
12.2
5
Makanan dan Minuman
7
8.54
6
Gajet dan permainan
8
9.76





Jumlah
82
100
Jadual 1 : Jenis perniagaan yang terdapat di pasar panas Bandar Tun Razak Jengka

6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi tarikan pengunjung ke kawasan pasar panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka.
           
Kewujudan pasar panas adalah disebabkan terdapatnya permintaan daripada pihak peniaga pasar panas yang memberi mereka peluang untuk menambahkan pendapatan dan pembeli pula dapat membeli kepelbagaian barangan keperluan harian yang terdapat di pasar panas.

 1.      Faktor kepelbagaian barangan dan keperluan penduduk.
           Faktor pertama yang mempengaruhi tarikan pengunjung ke kawasan pasar panas adalah disebabkan kepelbagaian barangan yang dijual di tempat kajian tersebut. Antara contoh jenis barangan yang  dijual di kawasan kajian ialah pakaian, aksesori, barangan dapur, barangan agama, makanan dan minuman, gajet dan permainan dan lain-lain barangan iaitu cadar, rotan dan tikar.
           Selain itu, barangan utama seperti pakaian juga dijual di pasar panas Bandar Tun Razak Jengka. Barangan pakaian seperti baju, kain pasang, seluar dan tudung juga merupakan keperluan asas untuk manusia. Hal ini telah banyak mempengaruhi kegiatan perniagaan di sini kerana barangan utama yang dijual di pasar panas ini adalah pakaian. Pasar panas Bandar Tun Razak Jengka ini memang terkenal penjualan beraneka jenis pakaian dengan pelbagai jenis corak dan warna secara runcit dan borong.


2.      2.     Harga dan kualiti barang.
           Faktor kedua yang mempengaruhi tarikan pengunjung ke kawasan pasar panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran ini adalah disebabkan harga dan kualiti barang itu sendiri. Harga yang ditawarkan oleh penjual adalah berpatutan dengan kehendak pembeli atau pengunjung untuk membeli sesuatu jenis barangan dan secara borong di pasar panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran ini. Harga berpatutan dengan kualiti baranga yang ditawarkan di kawasan kajian. Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila saya telah menjalankan kaedah temubual bersama beberapa pengunjung yang membeli barangan secara runcit dan borong. Mereka menyatakan barang yang dijual disini, harganya berpatutan sesuai dengan kualiti barang yang ditawarkan.
           Sebagai contoh barangan yang dijual disini dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti barangan tersebut iaitu barangan aksesori . Barangan aksesori yang dijual di kawasan kajian ini seperti keronsang, kasut, jam tangan, topi dan sebagainya. Hal ini telah mempengaruhi tarikan pengunjung ke kawasan kajian ini iaitu di pasar panas Bandar Abdul Razak Jengka kerana kebanyakan pembeli lebih suka membeli barangan yang berkualiti dengan harga yang murah dan seterusnya pembeli dapat berjimat-cermat.

6.3 Beberapa isu yang timbul berkaitan dengan aktiviti perniagaan di kawasan pasar
       panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran. 

i. Terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan dengan peniaga di kawasan kajian.

           Berdasarkan temubual yang kami jalankan, hasilnya kami mendapati terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan peniaga di pasar panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran. Antara isu tersebut ialah :

1. Persaingan 
           Di pasar panas Bandar Tun Abdul Razak terdapat lebih 209 buah gerai yang beroperasi. Hampir separuh gerai yang beroperasi itu merupakan peniaga pakaian. Contohnya, terdapat lebih 100 buah gerai yang menjual beraneka jenis pakaian mahu pun secara runcit atau secara borong. Hal ini telah menyebabkan peniaga yang menjual pakaian terpaksa bersaing sesama mereka untuk menarik perhatian pembeli ke gerai mereka supaya tidak mengalami kerugian. Peniaga pakaian mestilah memikirkan strategi untuk menarik perhatian pembeli.

2. Bekalan Bahan Mentah
           Terdapat hanya empat buah gerai perniagaan sahaja yang menjual bahan mentah seperti ikan masin dan sayur-sayuran. Hal ini adalah disebabkan terdapat pasar pagi yang terletak di berhampiran dengan tapak pasar panas ini yang menjual pelbagai jenis bahan mentah untuk keperluan harian. Oleh itu, di pasar panas ini peniaga yang berniaga bahan mentah adalah terlalu sedikit berbanding peniaga yang menjual jenis pakaian.


BUKU HARGA REMAJA EDISI MURID TINGKATAN 4

SAJAK SEZAMAN

Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
        terlalu indah apabila dipandang
        terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara jadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
        si tua tersenyum mesra
        memandang teruna dara
        sama cantik sama padan
        berganding bersama
        di singgahsana ...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
        santun sang dara
        dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
        tanpa hormat
        tanpa batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan.

Wan Nazihah Wan Abdullah
Annyss Sophillea, 1997
Dewan Bahasa dan Pustaka
Sembilan Cabaran Wawasan 2020

1- Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
2- Membina masyarakat berjiwa bebas dan berkeyakinan
3- Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
4- Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
5- Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi
6- Membina masyarakat yang maju dan saintifik
7- Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
8- Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi
9- Memupuk dan membina masyarakat yang makmur


Photo