A. SAMAD SAID
: PEMIKIRAN FALSAFAH
KEHIDUPAN INSAN
PENGENALAN
A. Samad
Said dilahirkan di
Kampung Belimbing Dalam
, Durian Tunggal, Melaka
pada 9 April
1935. Mendapat pendidikan
awal di sekolah
Melayu dan Inggeris
Monk,s High School,
Victoria Afternoon School
dan Beatty Secondary
School di Singapura.
Pengalaman hidup sengsara
bersama keluarganya inilah
yang melahirkan novelnya
yang terkenal iaitu Salina
dan Sungai Mengalir Lesu . Beliau pernah
bekerja sebagai wartawan
dan penulis di
akhbar mingguan, Fikiran
Rakyat di
bawah pimpinan Ahmad
Boestaman.
A. Samad Said
mempunyai minat mendalam
terhadap hasil karya
sastera Barat seperti
Steinbeck, Hemingway, Robert
Frost, Erskine Caldwel,
George Elliot, Charles
Dickens, Sheley dan
Robert Browning. Begitu
juga karya sastera
Jepun seperti Osamu
Dazai dan Yasunari
Kawabata. Manakala, karya
sastera Rusia seperti
Tolstoy, Gorky dan
Solzhinetsyn serta karya
pengarang Perancis, Jerman
dan Yugoslavia. Beliau
menghayati karya -
karya Indonesia seperti
Subagio Sastrowidojo, Arifin
C. Noer, Sutardji Calzoum
Bachri, Pramoedya Ananta
Toer dan Putu
Wijaya.
BUKU -
BUKU / NOVEL :
Salina, Sungai
Mengalir Lesu, Di Hadapan
Pulau, Keledang, Adik Datang, Di
Mana Bulan Selalu
Retak, Langit Petang,
Daerah Zeni, Warkah
kepada Salmi Manja,
Bulan Tak Bermadu
di Fatehpur Sileri
Salina, Hujan Pagi.
DRAMA :
Di Mana
Bulan Selalu Retak (1960-an),
Wira Bukit
(1980-an), Lantai T. Pinkie
SAJAK :
Benih Harapan, Benih Semalu,
Al - Amin
CERPEN :
Daun -
Daun Berguguran, Liar
di Api, Ke
Mana Terbangnya Si
Burung Senja, Hati
Muda Bulan Muda
KARYA – KARYA NONFIKSYEN :
Dari Salina
ke Langit Petang
: Proses Mencipta
Novel
(1979), Antara Bulan dan
Wira (1989)
PENGHARGAAN :
Dianugerahi
gelaran Pejuang Sastera
pada tahun 1976, memenangi Hadiah Penulisan
Asia Tenggara (SEA
Write Award) pada
tahun 1979 dan
dinobatkan sebagai Sasterawan
Negara yang ke – 4
pada tahun 1985.
Pada tahun 2003, beliau
dianugerah Ijazah Kehormat
Doktor Falsafah bidang
Kesusasteraan Melayu Moden
oleh Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong
Malim.
KARYA NOVEL :
Novel
ini diterbitkan pada
tahun 1967 sebagai “sebuah
novel nostalgia”. Karya
ini terbahagi kepada
enam bab yang
menceritakan kisah kesan
peperangan. Dalam bab
pertama, kisah penderitaan
hidup manusia yang
berbagai - bagai
kaum, Melayu, Cina
dan India yang
mendiami tepi sungai
yang megalir lesu.
Dalam bab 2
mengenai secebis rasa
kemanusiaan daripada watak
Mak Buruk yang
berlawanan dengan namanya
dan di tengah
- tengah kebobrokan
keadaan peperangan. Dalam
bab 3 mengenai
kisah manusia pada zaman
perang. Dalam bab
4 adalah kisah
kanak - kanak
di sungai mengalir
malas dan orang
Cina dalam menghadapi
suasana perang yang
dahsyat. Dalam bab
6, dikisahkan kekalahan
Jepun di tangan
“Orang Putih” yang
membawa seribu kenangan
di pinggir sungai
mengalir lesu. Begitulah
novel ini membawa
kisah kehidupan yang
penuh penderitaan pada
zaman perang yang
berlaku di Singapura.
A. Samad Said
dapat menyelami hati
budi dan keluh
- kesah watak
- wataknya bila
berdepan dengan peperangan
dan penderitaan.
Novel Salina
dapat memperlihatkan pembaharuan
yang menarik iaitu
persoalan masyarakat Melayu
yang dibelenggui oleh
kemiskinan dalam usaha
mencari identiti sendiri.
Dalam novel ini,
A. Samad Said
mengemukakan dua orang
watak berinteraksi untuk
menimbulkan berbagai -
bagai persoalan. Isi
di dalam novel
ini mempunyai hubungan
yang erat dengan
peribadi pengarang, A.
Samad Said. Kelahiran
watak - watak
di dalam novel
ini mempunyai hubungan
dengan detik dalam
hidup A. Samad
Said melalui pembacaannya.
Unsur ini dilahirkan
setengahnya secara sedar
dan sesetengahnya tanpa
disedarinya. A. Samad
menggunakan berbagai -
bagai teknik dan
komplot dalam kalangan
para wataknya. Dua
teknik pembentukan perwatakan
iaitu teknik memberikan
sejarah latar belakang
hidup dan teknik
melalui surat kiriman.
Novel Daerah
Zeni, mengenai wilayah
dan daerah nasib
seorang janda pencari
“with a
heart of gold”,
Zeni. Zeni menghadapi
dua daerah penting : daerah hidupnya
yang nyata dan
daerah novel bapanya
dengan manusia dan
wataknya masing – masing. Novel Hujan
Pagi menampilkan dua
dunia : dunia nyata dan
dunia halusinasi. Novel
ini menyentuh banyak
persoalan seperti nasionalisme,
kemanusiaan, kewartawanan, percintaan,
kesusasteraan dan pemikiran.
Ciri - ciri novel ini
ialah teknik, perwatakan,
ilmu dalam dialog,
sejarah dunia Melayu,
unsur - unsur pembangunan pemikiran,
unsur - unsur ghaib dan
perkembangan kesusasteraan
Melayu. Pengarang banyak
menggunakan idiomatic English sesuai
dan selaras selari
dengan persoalan ketamadunan
dan keintelektualan.
KARYA CERPEN :
Buku Hati Muda
Bulan Muda merupakan
kumpulan 54 buah
cerpen karangan A.
Samad Said dari
tahun 1954 - 1992. Cerpen
terawal ialah “Hari
Ini, Hari Gembira”,
“Serantai Kata untuk
Adinda”, “Dinda”, “Si
Juita”, “Sayangkah Dara
Padaku Seorang?” dan
“Sapu Tangan Tanda
Kasih”. Pada tahun
1956, cerpen “Sentil
Tembakau” disiarkan dalam
akhbar Fikiran Rakyat. Cerpen
yang mengisahkan kehidupan
golongan miskin seperti
“Ke Daerah yang
Lebih Kerdil”, “Langit
Malam Tidak Berbintang”,
“ Dari Tanah
Ke Tanah”,
“Daun Jejawi”, “Perempuan
Dari Kampung Kambing”,
“Sekolah” dan “Longkang”.
Cerpen
gambaran semasa zaman
kanak – kanak iaitu zaman
Jepun pada karya
seperti “Buruh Paksa”,
“Penyerahan”, “Saat Terakhir”,
“Di Sisi Rinda”
dan “Dosa Pejuang”.
Cerpen zaman remajanya
seperti “Seminggu”, “Sehari”,
“Sebuah Bilik”, “Gelap”,
“Pulang Malam”, “Menanti”
dan “Hati Muda
Bulan Muda”.
Cerpen
sindiran terhadap golongan
kelas menengah Melayu
seperti tokoh politik,
golongan birokrat, teknokra
dan sasterawan seperti
cerpen “M.P. Gudu – Gudu”,
“Ahmad Zago” dan
“Tamrin Gil” dihasilkan
pada tahun 1959 – 1961.
KARYA SAJAK
:
Dari kulit
antologi sajak A.
Samad Said, Balada Hilang
Peta, terdapat pengarang
melahirkan karyanya kerana
keperitan dan “kepedihan
batin manusia yang
terhimpit di tengah
buana yang resah”.
Pada sajak itu
ia mementingkan unsur - unsur
“imejan”, “rima dan
ritma” dan “ketidaksengajaan”. Sajak
terbahagi kepada dua
bahagian ; pertama,
keluhan daripada “aku”
(lelaki) kepada “kau”
(perempuan) dan kedua,
pengakuan “aku” (perempuan)
kepada “kau” (lelaki).
A. Samad Said
juga menulis tentang
falsafah hidup insan,
gambaran keindahan alam,
tokoh sejarah dan
lagenda, isu – isu politik
dan keadaan alam
kehidupan golongan setinggan.
Lima buah sajak
bertema dunia setinggan
“Jerkah Setinggan 72”,
“Janda Setinggan”, “Latar
Setinggan”, “Rakan Setinggan”
dan “Dialog Antara
Jamban Setinggan”.
A. Samad Said
merungkai kembali kisah – kisah
lima sahabat itu. Penyair
menulis tiga buah
sajak tentang ketokohan,
kemahiran dan perjuangan
Hang Kasturi iaitu
“Dupa Hang Kasturi”,
“Cerita Hang Kasturi”
dan “Nurani Hang
Kasturi”.
Dalam
bidang politik, beliau
menulis sajak “Saudara
Politik” yang mengenai kawan
jadi lawan dan
lawan jadi kawan.
Ada sajak mengenai
nilai – nilai pendidikan, moral
dan akhlak mulia
seperti sajak “Obor
Hemah” dan “Ufuk
Nurani”. Sajak “Anak – Anak
Palestina” dihasilkan dalam
masa 12 hari,
15-27 Mac 1989
mengenai bumi Palestin,
pejuangya dan anak – anak
terus cuba berjuang
mengambil kembali tanah
airnya dari kekejaman
Israel.
Antalogi
sajak Al – Amin menempatkan
sebuah himpunan puisi
moden mengenai Karya Riwayat Hidup
Rasulullah S.A.W. A.
Samad Said menyedari,
memahami, menghayati dan
menerapkan secara terperinci
kisah hidup insane
agung ini sebagai
sebuah karya besar
dalam perhubungan syiar
Islam di Malaysia.
Pada
tahun 2004, beliau
menghasilkan buku kumpulan
sajak bertajuk Dirgahayu Dr.
Mahathir, Kepada
Pemimpin Itu : Dua
Puisi tentang Peralihan
Kuasa dan Mutiara
Kemerdekaan.
KESIMPULAN
A. Samad
Said, Sasterawan Negara
berdiri teguh sebagai
karyawan mapan dan
mantap menghasilkan karyanya
tanpa putus – putus dari
dahulu. Beliau menghasilkan
kesemua empat genre
iaitu novel, cerpen,
sajak dan drama.
Novel – novelnya adalah cerminan
hidup masyarakat kelas
bawahan yang menjadi
mangsa perang. Beliau
membawa persoalan konflik
kehidupan manusia dari
berbagai – bagai wilayah dan
kehidupan berfalsafah.
Cerpen – cerpen penuh
satira mengisahkan orang
politik dan sasterawan
yang gila – gila. Manakala,
sajak banyak bercakap
tentang janda setinggan
yang galak dan
jantan – jantan yang gatal.
Karya agung dalam
bentuk sajak tentang
Nabi Muhammad s.a.w
yang bertajuk Al – Amin.
Drama - dramanya iaitu Wira
Bukit, Di Mana
Bulan Selalu Retak,
Lantai T. Pinkie dan
lain – lain lagi begitu
hidup di atas
kertas dan dalam
realiti kehidupan.
perkongsian anda amatlah saya hargai
ReplyDeleteperkongsian anda amatlah saya hargai
ReplyDelete