Pasar Panas atau lebih dikenali sebagai Street Jengka yang terletak di bandar Tun Razak Jengka, Pahang. Kawasan ini meliputi ciri fizikal letakan kawasan kajian iaitu di kawasan tanah pamah yang rata. Tapak kajian saya adalah di kawasan yang rata dan mampu menempatkan kereta yang banyak di bersebelahan dengan kilang Alps.
Pasar panas ini jaraknya yang
berdekatan dengan sekolah dan kediaman saya. Keadaan ini memudahkan saya untuk
menjalankan kajian pada bila-bila masa. Panas Panas juga terletak di tepi jalan
raya yang menghubungkan Maran dan Jengka. Pasar panas iaitu Jengka Street
terletak di sebelahan kilang Alps, di tepi jalan raya dan berada berdekatan
dengan kawasan perumahan.
i.
Jenis dan bilangan
perniagaan dalam bentuk jadual
|
Bil
|
Jenis Perniagaan
|
Bilangan gerai
|
Peratus (%)
|
|
|
|
|
|
|
1
|
Pakaian
|
46
|
56.09
|
|
2
|
Aksesori
|
9
|
10.98
|
|
3
|
Makanan Basah
|
2
|
2.43
|
|
4
|
Alatan Agama
|
10
|
12.2
|
|
5
|
Makanan dan Minuman
|
7
|
8.54
|
|
6
|
Gajet dan permainan
|
8
|
9.76
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah
|
82
|
100
|
Jadual 1 : Jenis perniagaan
yang terdapat di pasar panas Bandar Tun Razak Jengka
6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi
tarikan pengunjung ke kawasan pasar panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka.
Kewujudan pasar panas adalah
disebabkan terdapatnya permintaan daripada pihak peniaga pasar panas yang
memberi mereka peluang untuk menambahkan pendapatan dan pembeli pula dapat membeli
kepelbagaian barangan keperluan harian yang terdapat di pasar panas.
1.
Faktor kepelbagaian
barangan dan keperluan penduduk.
Faktor pertama yang mempengaruhi
tarikan pengunjung ke kawasan pasar panas adalah disebabkan kepelbagaian
barangan yang dijual di tempat kajian tersebut. Antara contoh jenis barangan yang dijual di kawasan kajian ialah pakaian,
aksesori, barangan dapur, barangan agama, makanan dan minuman, gajet dan
permainan dan lain-lain barangan iaitu cadar, rotan dan tikar.
Selain itu, barangan utama seperti
pakaian juga dijual di pasar panas Bandar Tun Razak Jengka. Barangan pakaian
seperti baju, kain pasang, seluar dan tudung juga merupakan keperluan asas
untuk manusia. Hal ini telah banyak mempengaruhi kegiatan perniagaan di sini
kerana barangan utama yang dijual di pasar panas ini adalah pakaian. Pasar
panas Bandar Tun Razak Jengka ini memang terkenal penjualan beraneka jenis
pakaian dengan pelbagai jenis corak dan warna secara runcit dan borong.
2. 2. Harga
dan kualiti barang.
Faktor kedua yang mempengaruhi
tarikan pengunjung ke kawasan pasar panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran
ini adalah disebabkan harga dan kualiti barang itu sendiri. Harga yang
ditawarkan oleh penjual adalah berpatutan dengan kehendak pembeli atau pengunjung
untuk membeli sesuatu jenis barangan dan secara borong di pasar panas Bandar
Tun Abdul Razak Jengka, Maran ini. Harga berpatutan dengan kualiti baranga yang
ditawarkan di kawasan kajian. Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila saya telah
menjalankan kaedah temubual bersama beberapa pengunjung yang membeli barangan
secara runcit dan borong. Mereka menyatakan barang yang dijual disini, harganya
berpatutan sesuai dengan kualiti barang yang ditawarkan.
Sebagai contoh barangan yang dijual
disini dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti barangan tersebut
iaitu barangan aksesori . Barangan aksesori yang dijual di kawasan kajian ini
seperti keronsang, kasut, jam tangan, topi dan sebagainya. Hal ini telah
mempengaruhi tarikan pengunjung ke kawasan kajian ini iaitu di pasar panas
Bandar Abdul Razak Jengka kerana kebanyakan pembeli lebih suka membeli barangan
yang berkualiti dengan harga yang murah dan seterusnya pembeli dapat
berjimat-cermat.
6.3 Beberapa isu yang timbul berkaitan dengan aktiviti perniagaan di kawasan pasar
panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran.
i. Terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan dengan peniaga di kawasan kajian.
Berdasarkan temubual yang kami jalankan, hasilnya kami mendapati terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan peniaga di pasar panas Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran. Antara isu tersebut ialah :
1. Persaingan
Di pasar panas Bandar Tun Abdul Razak terdapat lebih 209 buah gerai yang beroperasi. Hampir separuh gerai yang beroperasi itu merupakan peniaga pakaian. Contohnya, terdapat lebih 100 buah gerai yang menjual beraneka jenis pakaian mahu pun secara runcit atau secara borong. Hal ini telah menyebabkan peniaga yang menjual pakaian terpaksa bersaing sesama mereka untuk menarik perhatian pembeli ke gerai mereka supaya tidak mengalami kerugian. Peniaga pakaian mestilah memikirkan strategi untuk menarik perhatian pembeli.
2. Bekalan Bahan Mentah
Terdapat hanya empat buah gerai perniagaan sahaja yang menjual bahan mentah seperti ikan masin dan sayur-sayuran. Hal ini adalah disebabkan terdapat pasar pagi yang terletak di berhampiran dengan tapak pasar panas ini yang menjual pelbagai jenis bahan mentah untuk keperluan harian. Oleh itu, di pasar panas ini peniaga yang berniaga bahan mentah adalah terlalu sedikit berbanding peniaga yang menjual jenis pakaian.
Wah!bestnye...belikan saya baju lain kali bile balik Pahang ye
ReplyDelete